Monday, November 23, 2009

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA


Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.


Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.


Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.


Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Wednesday, November 18, 2009

Iblis Cemburui Nabi

Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah-sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam. Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga.


Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap.


Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat.


Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam.

Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur.


Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan.Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab.


Sebagai penutup, sama-samalah kita muhasabah diri kita sejauh manakah kita menjalani liku-liku hidup ini. Adakah kita berjaya di dalam ujian ini atau sebaliknya? Tidak ada daya dan kuasa mematuhi perintahNya kecuali dengan pertolongan Allah. Sama-samalah kita bermohon semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaanNya. Amin..


MORAL & IKTIBAR


* Manusia termasuk diri kita adalah dari keturunan Nabi Adam.


* Kita adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah sehingga dicemburui oleh Iblis


* Iblis adalah musuh kita yang nyata. Dia tidak akan leka walau seminit untuk menyesatkan kaum manusia sebagaimana dia telah menyesatkan datuk dan nenek kita dahulu.


* Iblis telah berjanji sejak azali lagi untuk memesongkan manusia dari aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam.


* Sifat dendam, hasad dan dengki adalah sifat syaitan yang sepatutnya kita jauhi.


* Syaitan mempunyai strategi yang amat halus untuk mengalahkan manusia. Mereka tidak ada kerja lain kecuali memasang perangkap yang sangat sesuai dengan diri dan nafsu kita. Oleh sebab kita yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia dan kehidupannya terlupa akan musuh yang siap sedia memerhati kelemahan kita supaya dapat ditipunya.


* Manusia harus siap-siaga melawan pengaruh dan tipu-helah syaitan kerana dia nampak kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kebiasaannya orang yang nampak musuhnya amat senang mengalahkannya tetapi kita yang tidak dapat melihatnya memang sukar menepis pukulannya. Sungguhpun begitu kita mempunyai senjata yang amat berkesan iaitu mengingati dan menyerah diri kepada Allah yang menjadikan kita dan juga dia.


* Perempuan adalah dari golongan lemah yang mudah ditawan oleh syaitan. Semasa Nabi Muhammad saw mikraj ke langit, Allah memperlihatkan ramai penghuni neraka adalah dari kaum perempuan.


* Berjaga-jaga dengan kaum perempuan kerana mereka mempunyai potensi untuk merosakkan kehidupan kaum lelaki. Kaum lelaki yang menjadi ketua kaum wanita mesti menjaga mereka sebaiknya supaya mereka tidak menjadi perosak masyarakat dan kemanusiaan amnya.


* Tempat asal manusia ialah syurga. Oleh itu perlulah kita berusaha supaya dapat kembali ke tanah asal kita di sana.


* Peristiwa yang dialami oleh Adam dan Hawa sebenarnya adalah satu sebab yang Allah jadikan supaya generasi manusia berkembang dan membiak di muka bumi ini. Tujuannya tidak lain hanya untuk menjalani satu hukuman dan melihat sejauh manakah kita menginsafi diri dalam menjalani proses pengabdian kepada Allah.


* Pujukan manis dari sesiapa saja sepatutnya jangan diterima dengan senang hati kerana kemungkinan ada udang di sebalik batu.


* Kemungkinan sekali orang yang merosakkan diri kita ialah terdiri daripada mereka yang hampir dengan diri kita iaitu isteri dan anak-anak.


* Manusia mudah lupa kepada musuhnya iaitu iblis tapi iblis dan syaitan tidak pernah melupai kita.


* Sekiranya kita sesat di hujung jalan, kita masih berpeluang untuk balik ke pangkal jalan. Selagi nyawa belum sampai di khalqum, kita masih boleh bertaubat. Insyallah taubat kita akan diterima Allah jika benar-benar kita insaf dan tidak mahu mengulangi kesalahan tersebut.

Tuesday, November 17, 2009

Cara Menjernihkan Hati

Taubat adalah penawar baginya, Apabila kita hendak bertaubat kita perlulah melakukan perkara seperti berikut :-

Empat perkara dengan HATI.

1) Bertaubat dengan bersungguh - sungguh.

2) Benar benar ingin meninggalkan perkara - perkara dosa dan tidak mengulanginya lagi.

3) Sentiasa takut dengan seksaan Allah ke atas dirinya.

4) Bersungguh - sungguh mengharapkan agar dosanya diampun oleh Allah.


Empat perkara dengan PERBUATAN.

1) Sembahyang Sunat (2) Rakaat.(Sembahyang Sunat Taubat)

2) Beristighfar sebanyak 70 kali dan bertasbih sebanyak 100 kali selepas sembahyang sunat.

3) Memberi sedekah.

4) Berpuasa sehari.

TAQWA

Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucuikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."

Monday, November 16, 2009

UNTUK TEMPAHAN


KENAPA ANDA MEMERLUKANNYA :

1. MEMPUNYAI TERJEMAHAN BAGI SETIAP PERKATAAN BAHASA ARAB DALAM BAHASA MELAYU.

2. MEMPUNYAI ASBABUN NUZUL AYAT.

3. PENJELASANA DARIPADA HADITH.

4. HARGANYA RM 100.00 SAHAJA.

5. UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI USTAZ ZUL 013-5311059

ANUGERAH ILAHI

AMIRUL AZHAD NAMA DIBERI


Anak buahku yang ke-3 tau, comel betul geram rasanya.. ini lah dia penyejuk hati yang ke-2 buat kakak dan abang iparku. (Norhidayati & Yusof).

Saturday, November 14, 2009

Suasana Di Padang Mahsyar

Di Padang Mahsyar Allah menghimpunkan seluruh makhluk bernyawa terdiri daripada manusia dengan keadaan hina. Binatang liar yang garang jadi tunduk dan merendahkan kepalanya. Begitulah juga syaitan-syaitan dan iblis yang bongkak sombong semasa di dunia tetap merendahkan diri dengan rasa hina.

Setelah semuanya berkumpul, tiba-tiba bertaburanlah segala bintang-bintang yang ada di atas kepala mereka. Matahari dan bulan pun terus menjadi gelap gelita, maka gelaplah seluruh Padang Mahsyar masa itu segelap-gelapnya. Kemudian mereka mendengar satu bunyi yang amat dahsyat dari pihak atas. Rupa-rupanya langit yang setebal 500 tahun perjalanan itu tiba-tiba pecah dan keluarlah malaikat dari pecahan itu dan mengucap taqdis kepada Tuhannya. Maka himpunan makhluk itu terkejut yang amat sangat kerana melihat jasad malaikat yang amat besar dan gagah itu.

Di kala itu, matahari didekatkan kepada kepla manusia. Bertambah-tambahlah rasa panas di samping panas himpitan manusia yang sangat ramai dan padat itu. Sedangkan di tempat itu tidak ada apa-apa pun perlindungan Arasy tetapi untuk mereka yang baik-baik, terdiri daripada para Rasul, Nabi-nabi, dan wali-wali. Bertahun-tahun mereka dihimpunkan di dalam keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpitan itu dalam keadaan tiada ruang lapang. Sehinggakan tapak kaki sesetengah mereka berada di atas tapak kaki orang lain. Oleh kerana terlalu panas, mereka berasa sangat ahaga sehingga dirasakan seolah-olah putus batang leher dan peluh melimpah dengan banyaknya. Begitu banyaknya peluh sehinga menenggelami mereka, mengikut amalan masing-masing.

Berkekalanlah himpunan manusia dalam keadaan demikian selama beribu-ribu tahun, hingga terdengar satu suara pukulan yang amat kuat, yang menambahkan lagi rasa takut dan gerun dengan suara itu. Pada mulanya mereka menyangka azab akan turun lagi tetapi yang mereka lihat lapan malaikat turun dari lagit membawa ' Arasy-Ar-Rahman' yang amat luas sambil para malaikat itu bertasbih memuji Tuhannya yang amat kuat sekali. Arasy itu diletakkan di atas Bumi Mahsyar dengan besar dan gagahnya.

Ada TUJUH golongan manusia yang diberi peluang duduk di bawah lindungan Arasy tersebut:

1. Golongan raja/ pemerintah yang memerintah dengan adil.

2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah.

3. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

4. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan untuk melakukan zina tetapi ia menolak dengan katanya, "Aku takut akan Allah Tuhan semesta alam".

5. Lelaki yang berzikir dan menyebut Allah di tempat sunyi (bersendirian) sehingga mengalir air matanya kerana takut dan gentarnya kepada Allah S.W.T.

6. Lelaki yang begitu ikhlas bersedekah sehinga apa yang di hulur oleh tangan kanannya tidak di ketahui oleh tangan kirinya.

7. Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid untuk beriktikaf dan mengabdikan diri kepada Allah.

Friday, November 13, 2009

Bantal Dan Kajian Tentangnya

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yangboleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!...jenis kedekut tahi hidung masin !!

Monday, November 9, 2009

Tiada Kekuatan Selain Allah

'LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A’ZIM''

'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia'

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah.

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah.

Malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh Allah, bukan untuk kita kufur kepadaNya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah menyebut ‘Kun’, maka ‘Yakun’ lah apa yang dikehendakiNya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah taqdirkan.Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

sumber : I LUV Islam

Friday, November 6, 2009

Kebaikan Duduk Iftirash

Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni… kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology , bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki.

Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagiantubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah).

Ini merugikan!!Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc…Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:Aku melihat Nabi Muhammad saw..

Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahualam..

Wednesday, November 4, 2009

Bunga yang cantik Jarang yang Wangi

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.

Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53

Jadilah bunga yang cantik dan wangi

Tuesday, November 3, 2009

Jenis Perempuan Yang Di Jauhi Lelaki

Wajah sememangnya cantik. Badan montok. Kulit mulus. Tapi kenapa lelaki seperti menjauh dari anda. Jangan-jangan, anda termasuk jenis perempuan yang mereka hindari. Cuba lihat senarai di bawah, apakah anda termasuk dalam salah satu kategori.

1. Miss Superwoman
Perempuan superhero, yang terlalu berdikari, angkuh dan seperti tak perlukan lelaki, dihindari lelaki dalam kehidupan nyata. Selain tak rela anda yg berkuasa, lelaki tak suka berdampingan sekiranya hanya jadi pak turut..
2. Miss Matre
Perempuan yang selalu suka pada kebendaan tak akan digemari lelaki. “Saya pernah berkenalan dengan seseorang berwajah cantik. Tapi saya terus hilang mood bila dia tanya, 'awak ke sini bawa kete apa? Rumahmu di daerah mana?' Bedebah! Belum apa-apa dah tanya pasal kete. Yang bikin paling bengang, bila saya cakap pasal kete saya, dia cuma menjawab pendek ‘ooh,’” kata Shah, (keterer).
3. Miss Workoholic
Mereka tak melarang anda bekerja, tapi kurang suka ketika perempuan bekerja siang malam. Mereka akan menilai perempuan seperti ini akan rela mengorbankan keperluan dan kepentingan demi pekerjaan. Silap-silap, janji utk dinner bersama dan tengok wayang selalu gagal kerana anda sibuk di pejabat.
4. Miss Barbie
Barbie memang cantik, tapi tak boleh diajak berbual dan berbincang. Begitu pun dengan perempuan yang ada ciri-ciri barbie. “Saya pernah berjumpa dengan jenis seperti ini. Dari luar wajah dan penampilannya memang cantik dan memenuhi selera saya. Tapi sayang, bila diajak berbual, saya tak dilayan.macamlah dia sorang yang cantik. hahaha” ujar Adek (tauke Jamu).
5. Miss Obsesif
Perempuan yang terobsesi untuk secepat mungkin menjadi isteri adalah mimpi buruk bagi mereka, kerana mereka membayangkan pasti anda bakal mengejarnya untuk segera bernikah dengan anda. Apalagi jika baru kenal, anda sudah kecoh-kecoh pasal baju pengantin, bahkan menyiapkan nama untuk calon anak-anaknya walaupun masih belum menemukan calon suaminya.
6. Miss Bossy
Perempuan yang suka perintah dan mengarah juga membuat lelaki tak mahu mendekat. Perilaku bossy boleh dilihat ketika anda bekerja atau sebagainya, seperti kepada pelayan restoran atau office boy. Sekejap-sekajap memberi perintah buat ini buat itu.
7. Miss Agresif
Baru dalam proses dilihat dan dipandangi olehnya, Anda sudah meneleponnya sehari lima kali. Mengiriminya SMS bertubi-tubi. Perempuan yang terlalu agresif menakutkan mereka, karena menganggap akan melakukan segala cara untuk menjerat dirinya.
8. Miss Intelektual
Cantik, berambut panjang, baik, pandai masak, itu ciri-ciri dari kriteria yang dicari lelaki kat perempuan. “Yang kami cari hanya orang yang sesuai dan senang diajak berbual. Saya rasa tak selesa dan tak sepadan dengan perempuan yang terlalu pandai, kerana dia pasti ada ego yang tinggi sama seperti saya,” Danesh, (pegawai kerajaan).
9. Miss Mommy
Lelaki mengaku takut mendekati perempuan yang dah berusia kerana tidak ingin didesak minta segera dinikahi. Perempuan berusia matang termasuk yang dihindari oleh mereka yang masih ingin menikmati masa berhibur lebih lama.

Biodata Iblis

Nama
Iblis Laknatullah

Tarikh kelahiran
Bermula dari keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.

Pejabat operasiTandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Status diri
Fasik kelas pertama

Rakan kongsi
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan

Agama
Kufur.

Sumber pendapatan
Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Tempat tinggal di dunia
Hati-hati mereka yang lalai

Jenis perkhidmatan
Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

Tempat tinggal di akhirat
Neraka jahannam

Tempoh perkhidmatan
Sehingga hari kiamat

Kawasan
Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Matlamat Perjalanan
Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam

Arah perjalanan
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Teman Sejawat
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Isteri di dunia
Setiap wanita yang tidak menutup aurat. mentaati Allah. Rasul dan suaminya

Ganjaran
Dosa dan kemurkaan Allah

Kaum kerabat
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan
Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun. menghasud. pedengki dan pendendam

Modal pusingan
Angan-angan kosong

Makanan kegemaran
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Tempat pertemuan
Pasar-pasar

Yang ditakuti
Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal

Musuh ketat
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Yang dibenci
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Motto kerja
Hipokrasi asas akhlak'

Alat perangkap
Wanita cantik. model, pelacur, pragawati dan sebagainya

Kesukaannya
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Saat ajal
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Cita-cita
Supaya semua makhluk dimuka bumi ini menjadi kafir

Janji-janji
Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Kelemahannya
Bila orang membaca Istighfar

Yang membuatnya menangis
Bila orang sujud kepada Allah s.w.t

Lambang
Sebarang tatu

Guru Dan Juga Temanku.......


Guruku yang banyak mencurahkan ilmu kepadaku. Terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Rofiq.

Puan Zainon Hakim Masakan





RUPA-RUPANYA PN. ZAINON NIE TAK MAKAN IKAN SEPAT, HEHEHEHEHEHEH JANGAN MAREEEEEEEE,

"Nampak menarik sekali gaya persembahannya. Rupa-rupanya ke empat-empat masakan masin sangat". Walaubagaimana pun pemenang tetap ada iaitu dari unit beruniform KADET REMAJA SEKOLAH (KRS).

Maka Terhasillah Masakan Ini







(KRS)













(PPIM)














(PENGAKAP)












(PBSM)







pEmenAnG BaGi peRtaNdiNgaN meMasAk ini jAtuh KepaDa TUKANG MASAK daRi KADET REMAJA SEKOLAH (KRS).

PERTANDINGAN MEMASAK


PERTANDINGAN MEMASAK INI DI BAWAH PENYELARAS UNIT BERUNIFORM EN. ZULMAJDI BIN ABDUL ROHIM.



DARI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


UBAIDAH
SAADAH
HUMAIRAH
FARAHIN


DARI PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


NURHALINA
NURHALIZA
AMIRAH




DARI PENGAKAP













DARI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)


KHUZAIRI FAHMI
FAKHRUL







MENU UTAMA MASAKAN :

1. MASAK LEMAK CILI API IKAN SEPAT

2. NASI GORENG (pilihan)

Guru Dan Pelajar





SHAHLIZA








AQASHAH









USTAZ SYAHRUL IZWAN







USTAZAH FADZILAH & CIK ZURAIDA




Pemantauan PK 3


Turut kelihatan Cik Siti Rohani Bt.
Mua'i selaku Pk Ko-ko dalam latihan pemadaman api. Berbaju merah menandakan semangatnya yang berkobar-kobar dalam menjayakan Hari Komuniti Peringkat Sekolah.

Pemadam Api


















Penerangan dan taklimat dari Pegawai Bomba Bidor tentang bagaimana hendak menggunakan Pemadam Api. Terima kasih juga di ucapkan kepada Ketua balai bomba Bidor kerana telah membenarkan anggotanya datang ke SMA Daerah Batang Padang (SABK).

Latihan Kebakaran Sekolah



































Di antara kekalutan pelajar dan guru-guru kelas dalam mengambil kedatangan pelajar bagi memastikan semua pelajar dalam keadaan selamat.

Gerai Jualan



Ustazah Cinderilla (rokiah) sibuk bersama Ustazah Ropidah mengemaskan gerai jualan Persatuan Usahawan Muda Sekolah (PUM).


Di antara gerai2 jualan yang ada semasa hari Komuniti 2009. Turut kelihatan Ustazah Zainun dan Ustazah Aida dalam membantu gerai jualan bagi Kelab Penjegahan Jenayah (KPJ).

Perasmian Penutupan Hari Komuniti 2009


Perasmian penutupan Hari Komuniti Peringkat Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang (SABK) Tahun 2009.
30.10.2009
Hari Khamis
Yang Akan Di Sempurnakan Oleh :
Yang Berbahagia Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat
Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang

Azimat Seorang Lelaki

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI keranamenyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran