Tuesday, March 23, 2010

Cara Menadah Tangan/Berdoa Yang Betul


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.

Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” . Mencari keberkatan doa… Doa senjata orang mukmin….

Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:


1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan


3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.


4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan

Saturday, March 13, 2010

Berdoa Ketika Susah Dan Senang


Setiap kali selepas menunaikan solat lima waktu, kita digalakkan memanjatkan doa kepada Allah memohon supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan petunjuk serta hidayah semoga kita tergolong sebagai hambanya yang terhindar daripada azab api neraka.


Sesungguhnya doa adalah sebahagian daripada pelengkap ibadat yang wajar dilakukan seluruh umat Islam kerana Allah suka mendengar doa hamba-Nya.

Berkata seorang sahabat Rasulullah SAW, Fudalah Ibnil Ubaid: "Sesungguhnya Allah mendengar dengan penuh minat akan doa hambanya lebih daripada minat seorang tuan mendengar suara hamba perempuannya yang cantik sedang menyanyi."

Doa adalah perbualan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah dan setiap yang dimohon akan didengar Allah. Allah tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya

Selepas berdoa disarankan supaya bertawakal kepada Allah supaya segala permohonan serta doa akan dimakbulkan. Allah berfirman yang bermaksud: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan."

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah sama ada pada masa senang atau susah. Jangan sekali-kali berasakan terlalu lambat doa hendak dimakbulkan hingga kita cepat berputus asa daripada rahmat Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Jika anda mengenang Tuhan pada waktu senang nescaya Ia akan mengenang anda pada waktu anda susah".

Sesuatu yang sering diingatkan Nabi Muhammad SAW ialah supaya jangan memakan sesuatu yang haram, kerana doa daripada mereka memakan benda haram tidak akan dimakbulkan Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang ingin supaya Tuhan memakbulkan permohonan doanya pada waktu susah dan sempit maka hendaklah ia memperbanyakkan doa pada waktu ia senang lenang."

Tidaklah semestinya setiap doa itu akan segera dimakbulkan Allah. Oleh itu, kita sewajarnya jangan cepat berputus asa kerana dalam hal ini mungkin ada rahsia di sebaliknya atau padanya tersembunyi beberapa kebaikan dan manfaat yang tidak kita ketahui maksudnya.

Maka oleh itu adalah lebih afdal bagi kita untuk terus menerus berdoa kerana Allah sudah berjanji dalam firman-Nya yang bermaksud: "Bermohonlah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan segala permohonan kamu."

Jika menoleh kembali ke zaman silam, nescaya kita dapati bahawa nabi, khalifah serta sahabat Rasulullah SAW sering memanjatkan doa serta bermohon kepada Allah supaya mereka diselamatkan daripada bencana atau musibah ancaman musuh.

Apa yang berlaku kepada Nabi Musa sewaktu baginda dikejar tentera Firaun, lalu Nabi Musa berdoa serta bermohon kepada Allah. Maka terbelah laut dan selamatlah Nabi Musa daripada ancaman Firaun durjana.

Demikian juga dengan Nabi Ibrahim yang dicampakkan ke dalam api, lantas Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah, lalu api itupun serta merta menjadi sejuk dan dingin. Sesungguhnya banyak doa ada hikmah dan fadilat tinggi, terutama doa sering dibaca Nabi Muhammad SAW.

Antara doa masyhur yang sering dibaca Nabi ialah: "Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah semua perkara kami berakhir dengan baik dan selamatkan kami daripada menerima malu di dunia dan mendapat azab di akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, berikan kami rezeki yang halal dan jadikanlah kami seorang yang salih. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka."

Sesiapa membiasakan dirinya berdoa sepanjang masa, nescaya akan terselamat serta terpelihara, mendapat kemenangan serta kebahagiaan. Sebaliknya, sesiapa tidak berdoa maka apabila ditimpa bencana atau musibah janganlah menyalahkan takdir Tuhan. Justeru, tidaklah Allah itu bersikap zalim dan kejam terhadap hambanya.

Antara doa paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa orang yang sentiasa mengekalkan solat, doa orang bermusafir, doa mereka yang berpuasa dan doa mereka yang teraniaya.

Marilah kita menyedari hakikat bahawa doa mereka yang beramal salih adalah antara penyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan sesebuah masyarakat dan negara.

Segala bencana seperti kemarau, banjir, ribut taufan atau gempa bumi yang menimpa sesebuah negara adalah balasan Allah terhadap mereka yang melupakan perintah Allah.

Saturday, March 6, 2010

Post Terkezut he he he


2 GAMBAR INI DI AMBIL KETIKA UPACARA AKAD NIKAH (olok-olok je tau) GELAGAT PELAJAR MENANTI KETIBAAN PENCERAMAH..... he he he

Pertandingan Sepanduk

KELAS 5 MUSLIM (PEMENANG SEPANDUK)

KELAS 4 BUKHARI

KELAS 4 MUSLIM

KELAS 3 BUKHARI

KELAS 3 MUSLIM

KELAS 2 BUKHARI

KELAS 2 MUSLIM

KELAS 1 BUKHARI

KELAS 1 MUSLIM

SAMBUTAN MAULID NABI 1413 HIJRIAH


SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH
SABK DAERAH BATANG PADANG BIDOR

"MEMANTAPKAN UKHWAH MEMPERKASAKAN UMMAH"
1413 HIJRIAH

HARI : SABTU / 6-3-2010
TEMPAT : SURAU AN-NUR
MASA : 7.30 PG - 12.00 TGH





Monday, March 1, 2010

Tiga Jenis Hati Bentuk Peribadi Manusia


PERKEMBANGAN jiwa dan watak manusia mempunyai hubungan rapat dengan kedudukan dan bentuk hati (qalbu) yang dimilikinya. Secara umumnya hati atau jiwa manusia itu memiliki sifat hidup dan mati.

Bagi hati yang suci dan hidup (qalbun sahih) maka ia akan membawa tuannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT. Bagi hati yang keji dan mati (qalbun Mayyit) pula akan membawa tuannya ke arah kebinasaan dengan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa menyembah Allah SWT selaku khaliqnya.

Di antara kedua-dua jenis hati itu, ada pula hati Qalbun Maridh (hati yang sakit) yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu.

Dalam penelitian kaum sufi, qalbu disebut sebagai nurani kerana ia memiliki kesedaran antara baik dan buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang yang kami pilih dari kalangan hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.

Yang demikian itulah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata" (surah Fathir:32). Berdasarkan ayat ini Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah membahagikan manusia kepada tiga darjat kedudukan:

Golongan Zhalimun Linafsih iaitu golongan yang sentiasa menzalimi dan menganiaya dirinya. Mereka adalah golongan yang derhaka kepada Allah SWT, meninggalkan perintah (suruhan dan larangan) serta mengerjakan kejahatan (kemungkaran).

Golongan Mukhtasid iaitu golongan manusia darjatnya pertengahan dengan sifatnya cermat, berhati-hati dengan melaksanakan kewajipan dan menjauhi laranganNya.

Golongan Sabiqun Bil-Khairat iaitu golongan yang sentiasa aktif dan proaktif dalam melakukan dan mengerjakan kebaikan. Golongan ini tinggi kerohaniannya di mana mereka tidak hanya menunaikan kewajipan, sebaliknya melakukan amalan sunat, tetap istiqamah melaksanakan perintah (suruhan dan larangan) serta meninggalkan perkara yang syubhat dalam kehidupannya.

Sayid Sabiq pula telah membahagikan kekuatan kerohanian manusia kepada tiga tingkat, iaitu nafsu amarah iaitu tingkat nafsu insan paling rendah dan hina yang hanya mengutamakan desakan atau dorongan hawa nafsu semata-mata serta godaan syaitan.

Nafsu Lawwammah iaitu nafsu yang dapat mengawal amal salih serta gemar menegur atau mengkritik diri apabila terjerumus ke dalam lembah kemungkaran.

Nafsu Mutmainnah iaitu tingkat kerohanian insan paling tinggi dan luhur. Ini adalah jiwa yang tenang lagi suci dalam keadaan kekal melakukan kebaikan amal salih.

Menurut Iman al-Ghazali, proses penyucian diri (tazkiah al-nafs) untuk mencapai tahap nafsu yang diredai seperti tahap nafsu di atas dapat diperoleh melalui jalan ilmu dan beramal. Tazkiyyah al-nafs mengandungi dua keadaan iaitu membebas (mengosongkan) diri dari sebarang sifat mazmumah (keji) mengisi (menghiasi) jiwa dengan sifat mahmudah (mulia).

Ilmu tasawuf berkaitan dengannya. Dalam pengertian ilmu, tasawuf bermaksud mensucikan qalbu dan menjernihkan roh agar dapat merasai limpahan cahaya ilahi. Amalan tasawuf dibangunkan di atas latihan kerohanian (riyadhat ruhiyyah). Pengamalan dan penghayatan tasawuf adalah bermatlamatkan ibadat dan zuhud semata-mata.

Sesungguhnya kesejahteraan, kedamaian dan kebaikan jiwa insan mukmin itu bergantung kepada tazkiyyah al-nafs. Nafsu pada hakikatnya adalah penggerak tingkah laku yang cenderung kepada sama ada kebaikan atau kejahatan. Allah mengilhamkan kepada jiwa insan itu dua ilham - ilham berbentuk fujur iaitu jalan yang membawa insan ke arah kesejahteraan dan ilham berbentuk takwa iaitu jalan yang membawa manusia ke arah kebaikan dan amal soleh.

Dua bentuk jalan ini terkandung dalam firman Allah SWT yang bermaksud, "Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.

Sesungguhnya berjayalah orang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat " jiwanya" (surah Asy-Syams:7-10).

Sifat qalbu (hati/jiwa) sering berbolak-balik dan sering berperang antara nafi dan isbat. Dalam ayat 1, surah Alam Nasyrah digunakan kata `sadr' yang bererti "dada" untuk menggambarkan suasana hati (jiwa). Keadaan ini menjelaskan bahawa hati manusia itu bersifat tidak konsisten atau berbolak-balik.

"Perang batin" ini tidak akan berkesudahan selagi ia tidak mencapai kepada keyaqinan (aqidah/keimanan) yang teguh. "Perang batin" ini dapat dirasai ketika manusia ingin melakukan ibadat seperti solat, puasa, berzakat, berjihad dan sebagainya. Untuk mencapai keyaqinan maka jihad melawan hawa nafsu perlu dilaksanakan oleh manusia dan inilah yang sering disebut sebagai "jihad besar".

Jihad melawan hawa nafsu inilah yang menjadi manhaj (jalan) mengenal Allah SWT. Qalbu (hati) perlu dijaga kerana pengaruhnya terhadap diri dan kehidupan bermasyarakat (bernegara) amat jelas; jika baik hati individu itu maka baiklah amalannya, sebaliknya jika kotor jiwa individu itu maka buruklah amalannya.

Sebuah hadis nabi bermaksud, "Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, Ketahuilah itulah hati" (Muttafaqun `Alaih).

Dalam masyarakat Melayu sering kita mendengar kata-kata seperti 'Hati Iblis', 'Hati Yahudi','Hati Malaikat' dan seumpamanya. Semua bentuk gelaran hati ini melambangkan keperibadian pemiliknya. Hati yang kotor (keji) boleh menjadi hijab kepada 'Nur Ilahi'.

Qalbu (hati) terang bercahaya menjadi nur (pelita/cahaya) kepada manusia menempuh jalan baik dan haq. Al-Quran itu sendiri diturunkan menjadi huda lil muttaqin (petunjuk kepada hati yang bertakwa).

Justeru, hati mesti dibersihkan melalui jalan tarbiyyah rabbani ke dalam jiwa mukmin yang mampu dilakukan melalui amal ibadat yang dicontohkan oleh nabi dan sahabatnya serta para tabiin. Al-Quran menegaskan, "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Tuhan semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan jangan engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran" (surat al-Kahfi:28).

Hawa adalah kecenderungan nafs kepada syahwat. Ia adalah ciri tingkah laku negatif yang merosakkan kehidupan manusia. Ia menyukai, menyenangi dan merindui terhadap perkara yang dihajati atau dikehendakinya oleh syahwah.

Syahwah adalah kalimat dalam al-Quran yang menggambarkan keinginan insan terhadap keseronokan, kelazatan dan kesenangan (surah Maryam:4). Ia juga bermaksud fikiran tertentu yang cenderung ke arah melakukan kejahatan dan penyelewengan ( An-Nisaa:27) dan syahwah juga bermaksud perilaku terhadap seks ( An-Naml:55).

Untuk mencapai kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan hati maka manusia perlulah mengikis penyakit hati yang bersarang di jiwanya.

Walau Kalah Tetapi Tetap Ceria...






Kalah menang adat dalam pertandingan. Walau bagaimanapun ini adalah merupakan kali pertama SABK Bidor memasuki acara bola tampar peringkat MSSD. Alhamdulillah layak untuk masuk peringkat suku akhir. Kekalahan kita dengan Sek. Choong Hwa Bidor dengan mata 21-11, 21-19....

Selamat Menyambut Maulud Nabi 1431 Hijrah



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.


2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.