Wednesday, September 30, 2009

Kelebihan Memberi Salam

Assalamualaikum warahmatullah...apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian...moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...Iblis menangis bila orang memberi salam...Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...

Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri

SuruhanSelidik Sesuatu Berita

WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujuraat: 6).

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah mengutus al-Walid bin Uqbah untuk memungut zakat daripada Bani Musthaliq. Bani Musthaliq telah mengaku tunduk kepada Rasulullah SAW dan menerima agama Islam sebagai kehidupan seharian. Sebab itulah mereka diwajibkan membayar zakat setelah genap tempoh dan kadar yang sepatutnya.

Apabila sampai di sana al-Walid tidak dapat memungut zakat dengan baik sehingga menyebabkan jumlah zakat tidak seperti yang diharapkan. Lalu beliau pulang ke Madinah dengan hampa tanpa membawa sebarang hasil zakat yang diminta oleh Rasulullah SAW.

Setelah sampai, dia pun berjumpa dengan Rasulullah SAW. Sebagai alasan, al-Walid memberitahu Rasulullah SAW bahawa kaum Bani Musthaliq telah murtad dan enggan membayar zakat.

Tanpa berlengah lagi, Rasulullah SAW pun mengutuskan Khalid al-Walid bersama dengan seangkatan tentera ke daerah berkenaan. Sememangnya golongan yang ingkar membayar zakat dikira berdosa besar dan wajib diperangi. Khalid al-Walid dihantar dahulu ke sana untuk menyiasat kebenaran berita yang disampaikan oleh al-Walid. Jika khabar yang disampaikan al-Walid itu benar, nescaya Khalid akan mengerahkan tenteranya supaya memerangi Bani Musthaliq.

Khalid pun memulakan siasatannya. Dia telah sampai di sana pada waktu malam. Kedatangannya tidak disedari oleh sesiapapun. Dia pun menghantar beberapa orang penyiasat untuk menyiasat keadaan Bani Musthaliq.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka mendapati Bani Musthaliq masih beragama Islam dan mengamalkan Islam dengan sempurna. Tidak lama selepas itu, kesemua penyiasat itupun kembali semula ke khemah mereka.

Mereka melaporkan kepada Khalid bahawa kaum Bani Musthaliq masih mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Mereka menunaikan solat berjemaah dan azan masih berkumandang apabila masuk waktu solat.

Setelah mendengar laporan tersebut, Khalid pun pulang menemui Rasulullah SAW. Beliau memberitahu apa yang telah dilihatnya bersama-sama dengan anak buahnya.

Rasulullah SAW sangat berpuas hati dengan laporan yang diberikan oleh Khalid al-Walid. Maka turunlah ayat enam surah al-Hujurat ini membenarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah itu.

Ayat ini jelas sekali melarang mempercayai berita yang dibawa oleh orang fasik tanpa usul periksa kerana ia akan memburukkan sesuatu kaum atau seseorang yang lain. Sekiranya berasa ragu-ragu dengan berita tersebut maka hendaklah menyiasat khabar berita tersebut dengan saksi-saksi dan bukti yang boleh dipercayai. Demikianlah Islam menjaga hak-hak manusia supaya tidak ada yang akan teraniaya.

Thursday, September 17, 2009

Permasalahan Ziarah Kubur

Wednesday, September 16, 2009

Rahsia Di Sebalik Badan Seseorang

Setiap pergerakan tubuh badan kita tu ada maksudnya tersendiri apabila kita selesa mahupun disebaliknya. perasan tak bila kita tak selesa secara automatik kita akan berpeluh atau tangan dan mata kita akan tak tentu arah. Disini ada sedikit maksud pergerakan. So, kaji dan cuba lihat kesahihan dia.

* 1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap.Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, mutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

* 2.Berpeluk tubuh ketika bercakap.Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

* 3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari.Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

* 4.Mata dan dahi berkerut-kerut.Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

* 5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa.Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

* 6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap.Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

* 7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap(memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ).Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

* 8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang.Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkinan berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

* 9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap.Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas.Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Monday, September 14, 2009

Menilai Erti Kecantikan

Persoalan tentang kecantikan telah lama menjadi perbualan di kalangan tokoh-tokoh falsafah terdahulu,antaranya termasuklah Socrates dan Plato.Socrates menyatakan kecantikan adalah suatu yang sukar untuk dijelaskan.Di kalangan ahli falsafah mengakui kecantikan melibatkan perasaan kagum dan gembira apabila memandang,walaupun takrifan kecantikan itu berbeza bagi setiap individu.

Walaupun penilaian terhadap kecantikan itu adalah menjadi kebebasan pemikiran dan naluri setiap individusehingga menjadi sukar untuk ditafsirkan,tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada ahli falsafah,pengiat seni,pengkritik dan ahli sains daripada terus memberi pandangan dan pendapat terhadap fitrah kecantikan yang Allah jadikan kepada menusia.Walaupun begitu, sekurang-kurangnya ciri-ciri asas dalam mentafsir kecantikan perlu ada untuk dijadikan sebagai wadah perbincangan mengenai sifat cantik yang boleh diterima umum.

Di sini, mungkin pada dasarnya kita boleh menerima pandangan orang-orang Yunani kuno yang mentafsir kecantikan sebagai sesuatu yang baik dilihat dari sudut moral masyarakat, bersesuaian dengan kebiasaan masyarakat dan ia sesuatu yang boleh memberi kesenangan hati kepada mata yang melihat.

Sementara itu pada kaca mata masyarakat silam Cina, kecantikan merujuk kepada kekayaan, umur yang panjang, berbakat, memiliki nama baik dan mempunyai pekerti.Kenyataan Charles Darwin yang menyebut bahawa kecantikan menjadi sifat atau kualiti yang sangat tinggi kerana ia sebenarnya mempunyai peranan tertentu merupakan pandangan yang sukar untuk dinafi. Maka, rasa tertarik terhadap kecantikan, keinginan untuk menjadi cantik atau lebih cantik dan hasrat untuk memiliki benda yang cantik adalah adalah sesuatu yang biasa dan bersifat sejagat.

Sesetengah daripada kita menerima bulat-bulat terhadap pengenalan dan tafsiran kecantikan yang tidak diasaskan oleh prinsip-prinsip yang jelas. Bila ini berlaku, kita menjadi begitu taksub sehingga tidak sedar lemas dalam arus.Dari situlah kita membina kecantikan diri dan berpenampilan tanpa mengambil kira secara saksama budaya hidup yang sudah begitu lama melindungi peradaban bangsa. Juga telah sangat lama sebenarnya kita mentafsir kecantikan menurut apa yang ada secara zahir. Lalu kita terlepas pandang bahawa kalangan yang cacat penglihatan juga mempunyai naluri yang sama untuk menikmati kecantikan.

Bagaimana mereka mentafsir kecantikan juga sewajarnya turut diambil dalam perkiraan oleh orang-orang yang celik supaya kecantikan itu dapat dinilai dengan lebih seimbang dan menyeluruh. Mereka menilai melalui suara yang didengar. Cara berhubungan adalah ukuran bagi mereka menilai kecantikan seseorang. Ketaksuban kita mengejar kecantikan atau ketaksuban kita untuk menjadi lebih cantik adakalanya memerangkap diri sehingga tidak memiliki jati diri.

Di sinilah kita melihat pentingnya ketakwaan untuk dijadikan sebagai asas dalam membina neraca untuk mengukur dan menilai erti kecantikan, supaya kecantikan itu merupakan sifat atau unsur yang benar-benar bererti.Agama akan membimbing naluri dan pemikiran untuk mewujudkan kerangka dalam mentafsir kecantikan. Ada ciri-ciri yang boleh diterima agama sebagai ciri-ciri kecantikan semula jadi.

Akan tetapi agama Islam amat mementingkan tauhid dan juga akhlak sebagai prasyarat yang perlu ada. Agama akan membendung pemikiran, nafsu dan juga emosi untuk kita mentafsir kecantikan, atau bagi kita membentuk kecantikan pada diri. Kecantikan juga seharusnya diguna bagi tujuan yang baik. Sebaliknya, mempergunakan kecantikan dengan niat yang tidak baik hanya akan merendahkan martabat kecantikan itu sendiri.

Wanita Ibarat Rama-rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda.

Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Sunday, September 13, 2009

Bagaimana Mengesan Samada Lelaki Sudah Beristeri

Tips kali ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja(semestinya golongan wanita) untuk mengesan samada orang lelaki yang bersama anda itu sudah beristeri atau tidak.
Maklumlah, zaman sekarang pelbagai perkara boleh berlaku, bila kahwin baru tahu dimadukan, bila berkahwin baru tahu si suami sudah ada 3 orang anak dan pelbagai lagi masalah yang timbul disebabkan oleh pembohongan dari pihak lelaki.
Jika anda sebagai wanita sudah tentu tidak mahu dimadukan. Betul bukan.? so apa salahnya kalau anda selidik dahulu gelagat atau perangai apabila si dia bersama dengan anda.

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak denganrakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (simcard) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu dikusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

9 Perkara Perempuan Suka, Lelaki Tak Suka

Tahukah anda, banyak perkara bagi perempuan yang mereka suka tetapi sebenarnya dalah satu kebencian bagi lelaki.? Bukanlah melibatkan perasaan semata-mata tetapi juga melibatkan peralatan dan sebagainya. Jom kita baca apa yang ada dan semestinya selepas aku baca, sebagai seorang lelaki aku bersetuju 99%..ha3..

1. BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI

Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.

Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.

2. SHOPPING

Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.

Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar -bayar - balik.

3. BERBUAL

Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.

Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu sebelum menyusulkan.

4. MENANGIS

Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!

Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.

5. KUIZ

Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.

Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.

6. KASUT

Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.

Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!

7. FAMILY GET-TOGETHER

Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.

Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.

8. BUNGA DAN COKLAT

Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.

Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!

9. SOAP OPERA

Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.

Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.

---------------------
Terdapat juga banyak lagi perkara lain yang berkaitan. .). Tetapi itulah manusia, ada yang mengatakan kelainan inilah yang menyebabkan hidup lebih bermakna kerana saling melengkapi walaupun sekali sekala memang menyusahkan..:)

Lima Cara Pilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Friday, September 11, 2009

Kubur Kita



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya:

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an:

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Diam Apabila Dileteri Isteri



DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri¡¦.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri empunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

¡§Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

Wednesday, September 9, 2009

Kebanyakkan Penghuni Syurga Dan Penghuni Neraka

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Tujuannya:

Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan Allah gambaran syurga dan neraka, dan ia dapati bahawa penghuni syurga yang paling ramai adalah terdiri dari golongan orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta, sedangkan penghuni neraka yang paling ramai adalah terdiri daripada kaum wanita. Jika hadis ini ditilik dari permukaannya yang lahir sahaja tentulah timbul kemusykilan- kemusykilan tertentu apakah Islam memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan dan kekayaan sebagai satu penghalang yang boleh menjauhkan seseorang itu dari syurga ? Apakah istilah memandang rendah kepada kaum wanita hingga kebanyakkan mereka menjadi penghuni neraka ? Apakah kaum wanita lebih banyak melakukan maksiat dari kaum lelaki ?

Untuk memahami maksud yang sebenar dari hadis ini perlulah dirujukkan kepada nas-nas lain yang bersangkutan dengan pandangan umum Islam terhadap kekayaan dan kemiskinan, juga pandangan umum Islam terhadap kaum lelaki dan kaum wanita.

Menurut Islam merupakan nikmat dan rahmat yang dikurniai Allah kepada manusia, kerana itulah memohon " rezeki yang luas " merupakan isi utama doa-doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya termasuk doa " " yang dibaca berkali-kali setiap rakaat sembahyang, tetapi kekayaan itu sendiri bukanlah merupakan satu kelebihan kecuali ia dibelanjakan kepada jalan Allah, sedangkan kemiskinan pula menurut pandangan Islam merupakan cabaran dan ujian terhadap ketabahan dan kesabaran seseorang mukmin, kerana itu kemiskinan itu sendiri bukan sekali-kali merupakan kelebihan yang secara automatis melayakan seseorang mukmin untuk menduduki syurga, malah pastilah digandingkan dengan sikap sabar, takwa dan amalan-amalan yang soleh.

Bertolak dari pengertian ini ternyata bahawa yang dimaksudkan dengan "orang-orang yang miskin " yang disebut oleh Rasulullah s.a.w itu ialah orang-orang miskin yang soleh dan bertaqwa bukanlah semata-mata orang miskin, kerana kemiskinan semata-mata kadang-kadang merupakan satu bala yang boleh membawa seseorang kepada kekufuran dan kejahatan. Apabila tekanan kemiskinan itu tidak dapat disabari oleh seseorang ia mungkin menjadi manuisa yang berkecil hati dan bersikap membantah terhadap Allah dan ini bukan sahaja menjerumuskannya ke dalam kekufuran, malah mencetuskan dalam hatinya perasaan hasad dengki dan dendam kesumat terhadap manusia sekelilingnya yang lebih bernasib baik darinya, dan akibatnya ia mungkin terlibat dalam perlakuan - perlakuan jenayah dan kekejaman-kekejaman untuk meluahkan dendam. Inilah maksud sabda Rasulullah s.a.w :

" Kemiskinan itu hampir-hampir membawa seseorang itu kepada kekufuran "

Kerana itu, pada hemat kami, tidaklah wajar jika ada pihak-pihak yang tertentu mahu menjadikan hadis ( 29 ) ini sebagai alasan bahawa Islam menggalakan umatnya supaya menjadi miskin atau memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan yang melayakan seseorang itu mewarisi syurga di Akhirat. Al- Quran dengan tegasnya menetapkan bahawa syurga itu adalah dicapai dengan taqwa dan amalan-amalan yang soleh bukannya dicapai dengan semata kemiskinan firman Allah Taala :

" Itulah syurga yang Kami warisi dengan kelebihan amalan-amalan kamu." Al- 'Araf ( 43 ).

Dan firman-Nya lagi :

" Itulah syurga yang Kami warisikannya kepada orang-orang yang bertaqwa di antara hamba-hamba Kami." Maryam ( 63 )

Sifat kehidupan seseorang muslim yang digariskan Allah adalah penuh dengan kegiatan - kegiatan amalan ibadat dan kebajikan yang memerlukan kepada kewangan yang banyak seperti zakat, ibadat haji, berjihad menegakkan agama Allah, menolong fakir miskin, kaum kerabat, jiran tetangga menyediakan mas kahwin, menanggung nafkah isteri dan anak pinak, mengadakan kenduri akikah, berkorban di hari raya, berderma untuk sabilillah dan sebagainya dari ibadat-ibadat kebajikan yang bertunjangkan kepada kewangan. Di dalam al-Quran dan As- Sunah penuh denga anjuran-anjuran agar setiap orang muslim yang berada supaya menginfaq atau membelanjakan harta mereka ke jalan kebajikan dan itulah perlaburan hakiki untuk masa depan hari akhirat dan itulah keuntungan abadi yang disediakan Allah. Firman Allah :

" Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, sedangkan mereka tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka sampaikan berita kepada mereka bahawa mereka akan mendapat keseksaan yang pedih ." At-Taubat ( 34 )

" Dan belanjakan harta bendamu pada jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, berbuatlah kebaikan kerana Allah amat menyayangi orang-orang yang berbuat kebaikan." Al-Baqarah ( 195 )

" Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul - Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman." Al- Hujurat ( 15 ).

Bertolak dari hakikat ini ternyatalah bahawa "orang- orang yang miskin ," yang terutama yang dimaksudkan oleh hadis itu ialah orang-orang yang menjadi miskin sebagai akibat dari penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan infaq dan jihad fisabilillah, bukannya semata - mata orang miskin, apatah lagi mereka yang miskin akibat malas dan kurang berusaha.

Kerana itu Ibn Battal dalam kitab " al- Fath " dengan tegas menyarankan bahawa kemasukan ramai orang-orang miskin ke dalam syurga itu bukanlah kerana kemiskinannya, malah kerana kesolehan di samping kemiskinan, sebab orang yang miskin yang tidak soleh itu tidak mempunyai apa-apa kelebihan sementara al- Alamah al- Syeikh Mansyur Ali Nasar berkata dalam kitabnya " at- Taaj". Kelebihan orang-orang miskin ( yang banyak masuk syurga ) itu bukanlah kerana kemiskinan, malah kerana kesabaran, taqwa dan amalan-amalan mereka yang soleh yang biasanya menyebabkan mereka menjadi miskin.

Apa yang dikatakan oleh al- Syeikh Mansyur itu memang merupakan satu kenyataan yang lumrah dalam kehidupan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang, ' ulama'- 'ulama' dan para solehin Islam. Mereka menjadi miskin bukanlah kerana kurang usaha tetapi kerana mreka sentiasa mengorbankan harta benda mereka ke jalan Allah dan kerana mereka menumpu sepenuh masa mereka kepada kegiatan dakwah dan jihad fisabilillah, dan seterusnya kerana mereka lebih mementingkan kebajikan orang lain dari kebajikan diri mereka sendiri.

Oleh itu jika terdapat hadis-hadis yang lain yang pada lahirnya seolah-olah memuji atau memandang tinggi kepada kemiskinan, haruslah diruju'kan kepada hakikat kemiskinan yang terpuji yang telah dijelaskan tadi. Jika tidak, maka hadis-hadis itu akan bertentangan dengan hadis - hadis dan ayat-ayat al-Qur'an yang terang menyarankan kelebihan kekayaan dan kelebihan infaq fisabilillah.

Mengapa orang-orang kaya begitu ramai memasuki neraka? Jawabnya kerana kebanyakan mereka telah menyalahgunakan kekayaan itu di dalam kegiatan-kegiatan maksiat yang dilaknat Allah dan kerana mereka telah ditimpa oleh penyakit-penyakit kekayaan iaitu tamak dan haloba, penting diri, bakhil, takbur, lupa daratan, menindas kaum miskin, tidak memperdulikan halal haram dan meninggalkan infaq fisabilillah.

Tegasnya orang-orang kaya yang ramai memasuki neraka bukanlah kerana kekayaan, malah kerana penyelewengan dan kefasiqan hidup mereka yang dapat dilihat dimana-mana masyarakat merekalah saudagar-saudagar yang memperniagakan segala macam maksiat, merekalah perintis-perintis hiburan, permainan dan pertunjukkan yang haram dan merekalah pendorong dan penggalak di belakang kefasiqan-kefasiqan masyarakat. Mereka menggunakan harta mereka untuk merosak dan membeli dhamir orang-orang yang baik untuk meluluskan maksud-maksud mereka yang jahat, malah mereka menggunakan pengaruh harta mereka untuk memaksa kerajaan untuk melindungi kepentingan- kepentingan mereka.

Kerana tindak-tanduk mereka yang tidak jujur itulah menyebabkan perjalanan mereka ke syurga di halangi oleh berbagai-bagai proses pemeriksaan dan hisab yang menyeksakan mereka. Tersebut dalam sebuah Hadis lain yang seakan-akan Hadis ( 92 ):

Dari Usamah bin Zaid r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda " aku berdiri di pintu syurga, tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang yang memasukinya ialah orang-orang miskin, sedangkan hartawan-hartawan telah ditahan, melainkan penghuni-penghuni neraka mereka terus diperintah supaya di humbankan ke dalam nereka, dan aku berdiri di pintu syurga tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang memasuki neraka adalah kaum wanita."

Diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim.

Menurut al - A'lamah al- Syeikh Mansyur maksud " hartawan-hartawan telah ditahan " ialah orang-orang kaya dan pembesar - pembesar di dunia adalah di tahan untuk menjalani proses pemeriksaan dan hisab, siapa di antara mereka yang di dapati melakukan jenayah, kufur, penyelewengan, dan kejahatan-kejahatan maksiat akan di masukkan ke dalam neraka.

Kelewatan para hartawan yang menyeleweng dari memasuki syurga telah di jelaskan oleh sebuah Hadis yang lain :

" Dari Abi Hurairah r.a Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : orang-orang Islam yang miskin dapat memasuki syurga sebelum orang-orang kaya terdahulu selama setengah hari ( waktu akhirat ) bersamaan 500 tahun ( waktu dunia ). "

Mengapa kebanyakan penghuni neraka terdiri daripada kaum wanita ?

Sebabnya sudah tentu bukan kerana mereka jenis wanita.

Pada prinsipnya kaum lelaki dan wanita sama saja di sisi Allah : di sana tiada sebarang diskriminasi pahala dan dosa dan dilandaskan di atas jenis. Siapa yang lebih bertaqwa dialah yang lebih tinggi di sisi Allah. Oleh itu Hadis ini sama sekali tidak bertujuan untuk menyarankan bahawa kaum wanita itu lebih rendah darjatnya dari kaum lelaki sebagaimana yang mungkin difaham dari tinjauan sekilas.

Mungkin sebabnya terletak pada faktor jumlah kaum wanita di dunia adalah melebihi jumlah kaum lelaki sebagaimana yang dibuktikan oleh perangkaan penduduk dunia dari dahulu hingga sekarang, oleh itu tidaklah menakjubkan jika bilangan mereka yang menjadi penghuni neraka adalah lebih besar dari kaum lelaki, apatah lagi jika ditinjau bahawa jumlah manusia kafir dan masyarakat di dunia di sepanjang zaman adalah jauh lebih ramai dari manusia mukmin. Hakikat ini telah dikuatkan pula oleh kenyataan Hadis bahawa kaum perempuan adalah lebih ramai dari kaum lelaki.

Mungkin sebabnya yang hakiki terletak pada penyelewengan dan penyalahgunaan pengaruh dan sifat-sifat kewanitaan dan akibatnya menyebabkan kaum lelaki terjerumus di dalam perangkap-perangkap kejahatan, kefasiqan dan jenayah. Ahli jiwa sepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanam di dalam kehidupan lelaki. Al - Qur'an sendiri telah meletakkan kaum wanita pada barisan pertama dalam kumpulan pendorong-pendorong nafsu keinginan manusia firman- Nya :

" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas sawah dan ladang. Itulah kenikmatan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah " Al - 'Im ran ( 14 )

Dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini di sebabkan kerana tabiat lelaki itu mencari wanita, sedangkan tabiat wanita menunggu dan memancing dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wanita, kerana itu wanitalah lebih mempersonakan lelaki dari lelaki mempersonakan wanita. Hakikat ini telah di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w :

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita."

Muttafaqa ' Alaih

Ujar Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti " Wanita mampu, jika mahu, untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dahsyat kepada lelaki sehingga tidak dapat dihindarinya, dan ia juga boleh menjadikannya dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. "

" Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak, dan faktor pokoknya ialah wanita, kerana itu tugas Islam yang paling besar yang di letakkan pada bahu wanita ialah supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka."

" Sebab yang membawa wanita menjadi penghuni neraka yang terbanyak seperti yang tersebut oleh hadis yang soheh itu ialah adalah berbagai-bagai faktor yang terpentingnya ialah mereka tidak mematuhi dengan penuh taqwa dalam melaksanakan tugas agung (menyembunyikan senjata seksnya ) yang diletakkan di atas bahu mereka. "

19 Keistemewaan Wanita Menurut Hadith

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 Jenis Wanita Malang

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

SATU PERINGATAN!!

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Tuesday, September 8, 2009

Permasalahan Kenduri Arwah

Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
1430 HIJRAH
SEMOGA 1 BULAN MENDATANGKAN PENUH KESABARAN
4 MINGGU KEIMANAN
30 HARI KEBERKATAN
720 JAM KASIH SAYANG
DAN
43200 SAAT KERINDUAN UNTUK MENEMUI
ALLAH S.W.T