Friday, July 3, 2009

Kejayaan

Ayat untuk hari ini :

النَّجَاحُ يَحْتاَجُ إِلىَ قُوَّةِ الجُهْدِ

Annajaahu yahtaaju ilaa quwatil juhd

Maknanya : Kejayaan itu memerlukan kekuatan usaha

Terjemahan perkataan :

النَّجَاحُ (an-najaahu) - kejayaan

يَحْتاَجُ (yahtaaju) - memerlukan

إِلىَ (ilaa) - kepada

قُوَّةِ (quwati) - kekuatan

الجُهْدِ (al-juhdi) - usaha

Setiap kejayaan itu memerlukan usaha. Tetapi usaha yang bagaimana? Adakah usaha di tahap permulaan sahaja? Sebenarnya usaha yang dimaksudkan disini ialah usaha yang berterusan yang lahir dari pemikiran kita dan dizahirkan melalui perbuatan. Ketahuilah bahawa kejayaan itu bermula daripada langkah yang pertama, sekiranya kita tidak berusaha untuk memulakannya, nescaya kita tidak akan dapat mengecapi kejayaan. Dan langkah yang pertama itu pula perlu diteruskan sehinggalah tercapai matlamat yang dituju. Jangan mudah berputus asa dan hadapilah segala dugaan di sepanjang perjalanan menuju kejayaan itu dengan sabar dan tenang. Tanpa usaha yang berterusan itu, pasti kita akan terkandas ditengah jalan.

0 ulasan: