Tuesday, June 30, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR

1hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya
dalam soal cinta.
Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang
terbaik. Sebab itu
cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.

2hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu
yang dilahirkan pada
tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu
sukar digugat
termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak,
tiada siapa yang
mampu mengubahnya.

3hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani
kehidupan. Kamu
memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang
seolah tak endah dan
sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan
kamu segan untuk
didekati.

4hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu
suka mengikut perasaan
dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu
sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu
saja cinta kamu
hinggap pada tempat yang salah.

5hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu
kerana ia boleh
memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu,
bersifat pelindung
kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb.
Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup
menarik hati.Tidak
hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.
Walaubagaimanapun, bagi
kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb.
Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar
berseronak. Namun sikap kamu
yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan

pergaulan kamu.
Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa
yang menjadi pasangan
kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati
bukannya nafsu semata-mata
saja!

9hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga
personaliti dan keterampilan
diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang!
Dalam soal cinta, sudah
tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.

10hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang
sangat mementingkan
keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu
gembira dalam keriuhan
keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala
membuatkan buah hati terasa
diri terpinggir!

11hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam
mengatur kehidupan
kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia

juga bersikap
demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala
hidup ini terasa boring
bila terlalu mengikut peraturan??

12hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu

memberikan komitmen,
selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu,
ramai yang masih menaruh
minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif

sahaja. Sebab itulah
kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu
sering tunduk dan
tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta,
kamu amat pandai
menjaga perhubungan.

14hb.
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya
dalam hidup. Sebab
itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta
daripada sesiapa. Cinta
dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai
hidup kamu!!

15hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah
keputusan kamu secara
tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu
akan terus bertindak.
Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu
ini yang suka membuat
tindakan 'last minutes'.


15hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah
keputusan kamu secara
tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu
akan terus bertindak.
Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu
ini yang suka membuat
tindakan 'last minutes'.
16hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya... Sekejap mood
kamu okey dan sekejap
pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si
dia boring dengan
sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb.
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hatikamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan
sebenar kamu.

18hb.
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal

perasaan dan cinta.
Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan
tekanan pada diri
kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk
melafazkan kata sayang.

19hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu
lakukan termasuklah
menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih
suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.


20hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang
kamu inginkan. Sebab
itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila
kamu asyik minta itu dan
ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah
membuatkan orang lain
'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia.
Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum
terlambat.

22hb.
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat
bercita-cita tinggi dan
mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu

akan memilih
seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di

sampingnya.

23hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang
suka mendampingi kamu.
Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di
samping teman-teman dan
sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius
dalam hidup.

24hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam
perhubungan cinta, kamu
terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat
menggongkong si dia.

25hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai
lelaki/perempuan yang
bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan

kaum sejenis kamu.
Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan??

26hb.
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak
serius dalam
perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih
mementingkan keseronokan
saja!!!!

27hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain

walaupun kekasih
kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan

teman-teman. Namun
kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan,
kamu meminggirkan
sidia tanpa disedari.

29hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan
sesiapa saja selagi
kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca
pergaduhan kamu dengan dia
kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

31hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.Jangan
begitu, hargai apa yang
kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!

0 ulasan: