Wednesday, June 24, 2009

SEERAT SIMPULAN YANG TIDAK TERURAI

"... Dan ketahuilah bahawa kemenagan itu terhasil sesudah kesabaran, dan kegelapan itu akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan." (Hadis riwayat Ibn Abbas)

Semua oang memang sentiasa ingin mengecapi nikmat kebahagiaan dan kejayaan. Namun dalam mengharungi lautan kehidupan yang penuh cabaran dan kesulitan, kita tidak akan dapat lari dari kekecewaan dan kebimbangan jiwa akibat pelbagai musibah dan masalah.

walaupun begitu, kita dapati ada orang yang jiwanya sentiasa dalam keadaan aman dan tenteram walaupun menghadapi masalah yang sama seperti kita. mereka tidak berdukacita walaupun hidup mereka sempit.

Mereka inilah yang yakin dan percaya bahawa bersama kedukaan itu akan timbul kebahagiaan di suatu hari kelak. Mereka hidup engan penuh harapan dan ketenangan walaupun susah dan bermasalah. Mereka percaya bahawa kenmenengan dalam perjuangan hidup itu akan terhasil sesudah kesabaran dan kelapangan hidup itu akan mucul sesudah kesempitan hidup.

Mereka inilah orang yakin dengan pesanan Rasulullah SAW bahawa bersama kesusahan itu akan terbit kesenangan di suatu masa kelak.

Kita juga berpeluang untuk memiliki jiwa yang damai walaupun pada peringkat ini hidup kita mungkin susah dan bermasalah. Apa yang perlu adalah untuk kita menanam keyakinan mengenai pesanan Rasulullah. InsyaAllah kedamaian jiwa itu akan terbit apabila kita meyakini bahawa bersama kedukaan itu sentiasa akan timbul kebahagiaan.

0 ulasan: