Thursday, October 1, 2009

Menjadi Mukmin Yang Terpilih


Seperti firman Allah dalam surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud : “Sesungguhnyea orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka apabila disebut nama Allah gementer hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka kerananya dan kerana Allah mereka bertawakal.” Orang yang mendirikan solat dan memanfaatkan sebahagian dari rezekinya yang Kami berikan kepada mereka itulah orang yang beriman sebenar-benarnya. Oleh itu, kerahkanlah masa, tenaga, fikiran, jiwa, harta dan nyawa, malah apa sahaja yang perlu di korbankan sebagai tebusan kepada iman yang member kebahagiaan dunia dan akhirat. Ingatlah janji Allah: “Sesungguhnya Allah telah member dari orang mukmin, diri dan harta mereka serta membalas syurga untuk mereka.”
Syurga di dunia dan di akhirat adalah tempat orang-orang yang mentaati Allah dan percaya kepada :
1. Beriman kepada yang ghaib. Iaitu percaya adanya Allah, malaikat-malaikat, syurga,

neraka dan hari kiamat.
2. Mendirikan solat dan menyeru orang lain untuk melaksanakannya.
3. Memanfaatkan rezekinya atau hartan bendanya ke jalan Allah.
4. Mempercayai al-Quran dan mengamalkannya.
5. Mempercayai kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya.
6. Yakin adanya hari akhirat – benar-benar percaya adanya kehidupan sesudah dunia

berakhir.
7. Apabila mendengar nama Allah gementer hati mereka.
8. Apabila mendengar bacaan ayat suci bertambah iman mereka.
9. Sentiasa bersabar atas apa yang menimpa mereka.
10. Sentiasa berserah diri kepada Allah.

Orang-orang yang bertaqwa adalah penghuni syurga yang seluas langit dan bumi yang Tuhan sediakan demi ketaqwaan mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang :
1. Berlumba-lumba beramal sehingga tidak dapat ditandingi.
2. Bewrsegera memohon ampun daripada Allah dan meminta keredhaan-Nya.
3. Memanfaatkan hartanya baik di waktu lapang atau sempit.
4. Orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.
5. Jika melakukan perbuatan keji dan menganiaya diri, mereka ingat kepada Allah dan

terus meminta ampun dari Allah terhadap dosanya.
Oleh itu, jika ingin menjadi calon ahli syurga, setiap insane harus mengabdikan diri hanya kepadaNya.

0 ulasan: