Thursday, October 22, 2009

Seruan Haji

Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat abah dan mak untuk menunaikan ibadah haji yaang tertangguh sejak tahun 2006 lagi. pada ketika itu abah dan mak terpaksa menangguhkan seketika ibadah hajinya oleh kerana duit yang disimpan telah habis di gunakan semasa aku sedang belajar di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia.

Setelah aku pulang pada penghujung tahun 2005 tanggal 24 bulan 12 dari Jambi, barulah aku mengetahui bahawa abah dan mak telah mengeluarkan duit simpanannya dalam Tabung Haji. Walau bagaimana pun Allah S.W.T itu Maha Kaya lalu dengan limpahan rezeki-Nya, abah dan mak dapat menyimpan kembali wang yang telah di keluarkan. Abah dan mak berdoa moga-moga dapat menunaikan ibadah haji pada tahun 2009.

Alhamdulillah akhirhya dapat juga haji tahun 2009 lalu bersyukurlah atas kurniaan Allah Tuhan yang Maha Esa. Abah dan mak berdoa lagi untuk dapat penerbangan yang pertama dan dengan izin-Nya, doa abah dan mak di dengar dan di makbulkan. Dengan kalimah ALLAMDULILLAH kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran ke hadratMu ya ALLAH.

Aku dan family dalam gambar di atas pergi menghantar abah dan mak ke Kelana jaya Kompleks Tabung Haji. Cuma kakakku yang tidak dapat datang kerana sarat mengandung dan di jangka akan melahirkan dalam tempoh terdekat ini. Tatkala waktu menunjukkan pukul 6.30 pagi hatiku semakin sayu dan hiba. Aku tahu abah dan mak akan pergi untuk masuk ke dalam bangunan Kompleks. Aku tahu sebentar lagi aku tahu kelibat abah dan mak akan hilang dari pandanganku....

Dalam keadaan yang sempit di ruangan surau, aku menunaikan kewajipanku kepada-Nya. Seusai solat aku menadah tangan memohon keampunan orang tuaku agar segala dosa-dosa mereka diampun oleh ALLAH yang Maha Kuasa. Aku meminta agar kesihatan tubuh badan dan diberikan kekuatan untuk melakukan ibadah di Tanah Suci.

Ciuman tangan dan pelukan erat antara aku dan (abah/mak) membuatkan akau semakin sedih dan pilu. Tanpa ku sedari mataku merah dan air mataku mula jatuh berlinangan....sedih rasanya............... Kini hanya tinggal lambaian dari jauh antara aku dan (abah/mak). lambaian demi lambaian.................................. kini kian tenggelam dek lautan manusia yang semakin ramai memenuhi ruang kompleks........... akhirnya abah dan mak hilang dari pandangan.

Aku dan family pulang, semuanya dalam keadaan sedih. Tapi apa yang pasti aku bersyukur ALLAH memanjangkan usia abah dan mak untuk mengerjakan ibadah haji. Dan aku sebagai anak mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan di berikan kekuatan untuk menyelesaikan ibadah haji pada tahun ini yang di kenali juga dengan Haji Akbar kerana ia jatuh pada hari Jumaat.......... Dari anakmu yang tercinta buat abah dan mak tersayang........

0 ulasan: